Open Tuition Sains

29 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Januari 2026 (Khamis) telah diadakan Open Tuition Sains untuk pelajar tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 secara atas talian. Program Open Tuition ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 1, 2 orang pelajar tingkatan 3 dan seorang pelajar tingkatan 5. Kesemua peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Open Tuition ini bermula pada pukul 3:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Antara pengisian Open Tuition Sains pada kali ini adalah untuk pelajar tingkatan 1, topik pada kali ini adalah tentang topik sel sebagai unit asas kehidupan. Untuk pelajar tingkatan 3 pula, kelas pada hari ini telah membincangkan tentang ransangan dan gerak balas. Yang terakhir, untuk pelajar tingkatan lima, topik pada hari ini adalah berkenaan dengan nutrisi dan teknologi makanan. Modul pembelajaran turut disediakan kepada pelajar yang mengikuti Open Tuition Sains ini.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Sains pada peperiksaan yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali